MUDAHNYA MENGELUH , SUKARNYA BERSYUKUR ~

-Salamun Qaulan Min Rabbir Rahim-
> Bismillahirrahmanirrahim <
 
Begitu mudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan. 

Kita mengeluh kerana makanan kegemaran tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan. 

Allah SWT berfirman: "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya" (An-Nahl: 18). Di saat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebutkan kalimat Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikitnya. Memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki..Kecuali orang-orang yang bersyukur. 

Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: "Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit" Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: "Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?" Pemuda berkenaan menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A'raaf ayat 10 yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukurAku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah" jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu

Subhanallah. Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin...

Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."
(Surah Ibrahim: 7) 

> Wallahu A'alamu Bisshawab <

I|S|L|A|M , I|M|A|N , I|H|S|A|N

PendahuluanPada kesempatan kali ini, ruangan ini akan membincangkan tiga istilah utama dalam penghayatan cara hidup Islam yang sebenar. Perkataan Islam, iman dan ihsan adalah suatu gabungan yang cukup mantap bagi melahirkan seorang insan yang kamil (sempurna).

Pengertian iman dan konsepnya.
Iman dari segi bahasa membawa erti percaya. Dalam konteks penghayatannya di kalangan umat Islam, iman membawa maksud mengaku dengan lidah, membenarkan dengan hati dan mengamalkannya dengan anggota.
Dalam erti kata lain bahawa seseorang yang mengaku dengan lidahnya mengenai keesaan dan kekua saan Allah, mestilah membenarkannya dengan hati dan melaksanakan segala perintah-Nya serta meninggalkan larangan-Nya.
Terdapat enam asas kepercayaan dalam amalan, cara hidup Islam yang dikenali sebagai rukun-rukun iman. Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam sebuah hadisnya yang bermaksud:

"Iman itu ialah bahawa kamu yakin dan;  percaya kepada Allah,  
percaya kepada malaikat-malaikat-Nya,  
percaya kepada kitab-kitab-Nya,  
percaya kepada rasul-rasul-Nya,  
percaya dengan kedatangan Hari Akhirat dan  
percaya dengan ketentuan balk dan buruk dari-Nya".
Orang yang tidak percaya dan tidak yakin dengan perkara-perkara atau rukun-rukun iman tersebut adalah kafir. Orang Islam yang menafikan salah satu atau semua rukun iman dianggap murtad iaitu terkeluar daripada agama Islam.

Pengertian Islam dan konsepnya.
Islam daripada segi bahasa bererti sejahtera. Dalam konteks penghayatannya di kalangan umat Islam ia bermaksud menyerah diri, tunduk dan patuh melaksanakan segala perintah Allah dan membenarkan semua ajaran yang dibawa oleh Rasulullah.
Terdapat lima perintah Allah yang mesti dipatuhi dan dilaksanakan oleh seseorang Islam yang dikenali sebagai rukun-rukun Islam. Rukun-rukun Islam ini terkandung dalam sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud:

"Islam itu adalah bahawa engkau bersaksi tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan solat, menunaikan puasa, mengeluarkan zakat dan mengerjakan zakat dan mengerjakan haji dia Makkah jika berkemampuan." 
 Konsep ihsan
Konsep ihsan ini telah digambarkan oleh Rasulullah dalam sebuah hadisnya yang bermaksud:
"Ihsan adalah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, jika kamu tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia sedang melihat kamu"
Hadis ini menjelaskan bahawa ihsan itu adalah tindakan seseorang melakukan sesuatu amalan atau kebaikan kerana menyedari bahawa Allah sedang memerhatikan gerak-gerinya dan dia hanya mengharapkan balasan baik daripada Allah semata-mata.Dalam erti kata lain bahawa semua amalan kebajikan yang dilakukan adalah dengan penuh keikhlasan.

Intisari hubungan antara iman, Islam dan ihsan.
Setelah dijelaskan maksud iman, Islam dan ihsan, maka suatu kesimpulan dapat dibuat berdasarkan hubungan ketiga-tiganya iaitu:
Seseorang yang percaya dan yakin dengan keesaan dan kekuasaan Allah (iman) akan sentiasa tunduk menerima perintah Allah dan patuh melaksanakan nya (Islam) dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan ganjaran oleh manusia (ihsan).
Gabung jalin antara keyakinan terhadap Allah, kepatuhan melaksanakan perintah-Nya dan keikhlasan yang sepenuhnya akan melahirkan insan yang seimbang dan kamil.

Soalan perbincangan

Soalan 
1.Insan yang sempurna adalah orang sempurna Iman, Islam dan ihsannya. Jelaskan ciri-ciri utama yang ada pada insan tersebut.
Jawapan
Ciri-ciri orang yang sempurna iman, Islam dan ihsannya adalah seperti berikut:
  1. Percaya dan yakin dengan kewujudan Allah dan kekuasaan-Nya.
  2. Percaya dan yakin dengan kewujudan para malaikat, kitab-kitab suci Allah, para rasul, kehadiran Hari Akhirat dan ketentuan balk dan buruk daripada Allah.
  3. Taat dan tekun melaksanakan perintah-perintah Allah seperti solat lima waktu sehari semalam, puasa sebulan di bulan Ramadan, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji di Makkah.
  4. Sentiasa ikhlas dalam semua amalan yang dilakukan dan sentiasa mengharapkan hanya ganjaran daripada Allah semata-mata.
 Soalan
Keimanan adalah antara unsur-unsur penting bagi melahirkan insan yang sempurna. Jelaskan kesankesan kelmanan seseorang terhadap kedatangan Hari Akhirat.
Jawapan
Di antara kesan keimanan terhadap kedatangan Hari Akhirat ialah:
  1. Seseorang itu akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengumpul kekayaan dan membelaniakan sebahagian daripadanya ke jalan Allah.
  2. Seseorang itu akan sentiasa menganialkan sifat amanah dalam segala urusan dunianya.
  3. Seseorang itu akan sentiasa ikhlas atau hanya mengharapkan ganjaran daripada Allah bagi setiap kebaikan yang dilakukannya.
  4. Seseorang itu akan sentiasa patuh melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.
  5. Seseorang itu akan sentiasa meniaga hubungan balk sesama manusia, tidak menganiayai binatang dan tidak merosakkan alam sekitar.
  6. Seseorang itu akan sentiasa aktif menyeru masyarakat melakukan kebaikan serta mencegah mereka daripada melakukan kejahatan.
 Soalan
Kepercayaan terhadap kewujudan para malaikat adalah salah satu daripada rukun iman. Jelaskan kesan
beriman dengan para malaikat berikut:
  1. Malaikat Jibril
  2. Malaikat Mikail
  3. Malaikat lzrail
  4. Malaikat Raqib
  5. Malaikat Reduan
JawapanKesan beriman dengan para malaikat adalah seperti berikut :

Malaikat
Kesan keimanan
a. JibrilSeseorang itu tidak akan ragu-ragu lagi untuk beriman dan beramal dengan al-Quran kerana yakin ia diturunkan oleh Allah melalui Malaikat Jibril.
b. Mikail Manusia akan sentiasa berusaha kerana yakin rezeki sentiasa diturunkan oleh Allah melalui Malaikat Mikail
c. Izrail Manusia akan sentiasa berusaha memperbanyakkan amalan kebajikan sebegai bekalan untuk hidup bahagia di Akhirat kerana yakin mereka akan dimatikan.
d. RaqibManusia akan sentiasa berhati-hati untuk melakukan sebarang tindakan kerana ia akan dicatatkan dan akan dihitung di Akhirat kelak.
e. ReduanManusia akan sentiasa melakukan semula amalan kebajikan dengan penuh keikhlasan untuk mendapatkan balasan nikmat di Syurga.

Ukhwah itu manis.

BUAT SAHABATKU ~

Buat sahabatku ,
Hidup...
Tak semestinya selalu bahagia..
Kadang2 kita merasakan pedihnya yg menusuk di hati..
Kepedihan yang bisa membuat hati begitu terhiris..

Namun ,
Biar susah dirasakan..
Biar pedih memikirkan..
Biar payah dibebankan..
Hanya satu yg aku nampak..iaitu..Nur yg tidak pernah padam..
Selagi aku menjadi insan bersyukur..
Selagi aku tahu membezakan..
Antara cinta manusia dengan cinta
Pencipta..
Selagi aku tahu membezakan yg
mana satukah kaca.. atau permata..

Dan..
Jika disanalah tempat terjalinnya
ukhuwah seikhlas ini..
Jika disanalah aku bisa mencari
penawar segala racun..
Jika disanalah aku bisa dibentuk
menjadi insan yg lebih berilmu ,
berwibawa dan cantik pekertinya..
Aku menunggu untuk kesana..
AKu pasti ke sana..
Dengan izin-Mu , Ya Allah..

Ya Allah..
Hati yg manis bercahaya..
Mendamaikan jiwa di dada ..
Aku harap itu tidak akan luput
selamanya walaupun sekiranya..
pada ketika itu,
aku tak punya apa-apa..

Alhamdulillah..
Sahabat pendorong semangatku meraih cinta-Nya..

JIKA DITANYA.. INILAH JAWABNYA..

Assalamualaikum.. Salam 1 Malaysia. ^_^ Syukur , Alhamdulillah kerana masih diberi nafas untuk menghirup udara pada hari ini. Terima kasih ya Allah kerana masih meminjamkan usia padaku. =')

JIKA DITANYA.. INILAH JAWABNYA..

Jika ditanya
Apakah yg lebih indah daripada segunung 
emas dan sejuta
permata ?
Apakah yang lebih indah daripada beribu
mutiara di lautan ?
Dan harta serta wang yang
melimpah ruah ?
Jawabnye..
Keindahannya itu terletak pada keimanan
dan ketakwaan kepada
Tuhan.

Jika ditanya
Apakah akan rugi jika hidup
dengan agama ?
Tanpa merasa nikmatnya dunia ?
Jawabnya..
Kenikmatan itu tergantikan
dengan redha-Nya.

Jika ditanya
Apakah nikmatnya menyusahkan
diri ?
Mencari selautan ilmu ?
Berjuang demi agama ?
Jawabnya..
Kerana inilah perjuangan sebenar.

Yang menuntut aku
mengorbankan segalanya..
Kerana aku tahu indahnya
kenikmatan di syurga
Daripada kenikmatan di dunia.

Aku mahu menjadi bintang
yang cemerlang
Hingga sinarnya menembusi
langit dunia
Hingga izzah islam akan
kembali bersinar
seperti zaman Rasul dan
sahabatnya.

Walau aku bukanlah Sayiditina
Aisyah yang cerdas dan pintar
Bukan juga Sumaiyyah yang
berjiwa perkasa
Bukan juga Sayiditina Khadijah
yang mulia
Bukan Khaulah dengan kuda
dan pedangnya..
Tetapi..
Aku hanyalah wanita akhir
zaman
Yang mempunyai cita-cita
Di sebalik cintaku pada-Nya..

Wanita solehah hiasan dunia ~

T|A|N|G|I|S|A|N H|A|M|B|A

Assalamualaikum. Salam sayyidul ayyam! <3 Penghulu bagi segala hari . =) Hari yang penuh rahmat dan keampunan dariNya. Masya-Allah .
 
Air mata ibarat butiran mutiara yang sangat cantik. Namun kecantikan itu hanya terjelma dari
sebuah kesedihan dan keluluhan hati. Kesedihan membuahkan kecantikan. Sungguh ironi, ianya dapat mendamaikan sekeping hati yang rawan.
 
Air mata ibarat embun yang menitis, sungguh menyegarkan. Namun kesegaran itu hanya bisa terjelma setelah melalui malam panjang yang dingin dan gelita. Sungguh ironi, ianya dapat menenangkan hati yang terluka.

Air mata ibarat hujan yang merenyai, sungguh menyejukkan. Namun kesejukkan itu hanya mampu terjelma setelah mendung yang menduga. Sungguh ironi, kerana ianya mampu melegakan gelojak jiwa.

Namun, disebalik semua ironi ini, apakah nilai sebenar sebuah tangisan?
Percayakah jika ku katakan hati itu adalah sangat keras? Lebih keras dari batu. Sedangkan batu bila dihempap air betubi-tubi lama-lama akan terbelah jua ianya. Demikianlah ku rasakan hatiku juga sungguh keras.

Kali terakhir air mata membelai pipi kira-kira 8-9 tahun yang lalu. Melihat orang menangis tidak meninggalkan sebarang kesan dihati. Mungkin sebak, namun tiada istilah tangisan dalam hidup. Mendengar ayat Al-Quran dibacakan ibarat tiada kesan. Bukan telinga yang dipekakkan, tetapi hati yang ditulikan. Tuli dari merasakan getarnya amaran Allah dalam Al-Quran, tuli dari merasakan cinta pada Rabb dan Rasul.

Mungkin hati itu tidak pernah merasa apa itu cinta sebenar kerana ia telah tertutup untuk merasakan cinta pada Allah dan Rasul. Mendengarkan penderitaan Rasulullah dan Sahabat langsung tidak meninggalkan parut di hati.

"Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, penglihatan mereka telah tertutup, dan mereka akan mendapar azab yang amat berat"
(Surah al-Baqarah ayat 7)
 
Maka, apa lagi gunanya hatiku ini. Tidak mampu lagi merasa Kasih dan Sayang Allah padaku. Hati menjadi keras kerana noda-noda hitam telah membalutinya. 'Cirrhosis' jika mengikut istilah perubatan. Hati yang telah keras dan buruk sehingga menjejaskan anggota tubuh badan yang lain. Selayaknya menjalani pembedahan menggantikannya dengan hati yang baru. Teringat Firman Allah;
"Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambahkan penyakit itu, dan mereka mendapat azab yang pedih kerana mereka berdusta"
(Surah al-Baqarah ayat 10)
 
Namun, di satu ketika, Allah menimpakan musibah untuk diriku.. air mata lah yang menjadi suri peneman hidupku. Tatkala mencari ruang untuk mencari kekuatan, air Mata juga lah yang menjadi penawar tiap kedukaan yang menyapaku. Entah mengapa, air mata ini sering tumpah saat merasakan kesengsaraan hati yang tidak terperi. Ku cuba selongkar tiap hikmah yang tersirat di dalam ujian yang dihantarkan kepadaku.

Ibarat terpenjara dalam satu sangkar emosi yang dikurung rapat. Hati hanya mampu menangis. Tatkala berjalan sendirian, air mata mahu berjurai, namun digagahi jua agar tidak menangis di tengah jalan saat orang ramai di sepanjang jalanan. Saat berkurung dibilik, air mata berjurai laju. Saat ke kelas, air mata ditahankan sepenuh hati agar tidak bisa ternampak oleh rakan-rakan.

Allah itu Maha Mengetahui. Hati yang keras dan kalis tangisan, kini lebur. Begitu berat ujian yang diberikan Allah sehingga hati yang keras telah cair dibasahi tangisan. Menangisi kehidupan yang kian suram, menangisi cinta yang lahir dari syaitan, menangisi masa depan yang tak mampu difaham, menangisi hari-hari yang berlalu sebegitu sahaja, menangisi kegembiran yang berlalu di depan mata, tapi tidak mampu merasainya.
Tangisan itu hanya semata-mata untuk dunia. Menangisi dunia yang kian lepas dari genggaman. Terleka dan terlupa, bahawa Allah menginginkan dunia itu untuk pergi, pergi meninggalkan. Satu hari, aku meluahkan apa yg terbuku dihati pada seorang sahabat.
Lalu dia bertanya padaku, "Untuk apakah dan siapakah tangisanmu sedangkan seharusnya tangisan mu di hadapan Allah?"

Aku menjawab pertanyaan tersebut dengan sebuah pertanyaan " Untuk siapa kau rasa?" dan berlalu pergi tanpa menunggu sebuah jawapan. Kemudian, aku kembali tertanya, untuk apa dan siapa tangisan ku ini?

Aku kembali teringat akan satu peristiwa dipagi hari, saat tidur di kamar sahabat tersebut, terjaga di sepertiga malam, terdengar sendu tangisnya di dalam tahajjud, cintanya bersujud menghadap Ilahi. Hati turut menjadi sayu mendengar sendunya, tetapi tertanya mengapa dia menangis? Aku bertanya padanya selepas itu " Mengapakah kau menangis?". Jawabnya, " Kerana aku merasa sungguh kerdil di hadapan Allah, maka aku menangis".

Mendengarkan jawapan tersebut aku terpana. Aku tertanya, jika tangisnya untuk Allah, maka untuk siapakah tangisku? Baru kusedar, tangisan ku hanya untuk dunia, maka ia tiada nilai. Pernah ku terbaca sebuah hadith Nabi dalam sebuah buku karangan Tok Guru Nik Abdul Aziz.
Rasulullah S.A.W menyatakan bahawa diakhirat kelak, antara golongan manusia yang mendapat perhatian Allah SWT ialah mereka yang menangis kerana Allah Taala. Allah SWT berseru, " Dimanakah hamba-hamba-Ku yang menangis?" Lalu Allah SWT memerintahkan para Malaikat-Nya supaya membawa hamba-hamba-Nya yang menangis di siang hari lebih lebih lagi di malam hari kerana mengenangkan dosa-dosa mereka.

Sebanyak mana air mata yang mengalir kerana takutkan kemurkaan Allah, maka ia akan ditimbang bersama-sama dengan darah para syuhada yang tumpah kerana memperjuangkan dan mempertahankan agama Allah. Air mata itu juga akan ditimbang bersama-sama dengan dakwat ulama yang telah menulis berbagai-bagai kitab yang memperjelaskan hukum-hakam dan syariat Allah SWT supaya difahami dan diamalkan oleh manusia.

Betapa besar nilai sebuah tangisan yang belum kita faham. Jauh dari kefahaman itulah, air mata itu tumpah hanya sia-sia.

Kini baru kufahami hikmah disebalik ujian yang sangat berat yang telah kuhadapi. Allah ingin melembutkan hati yang telah keras. Hati yang perlu dibasahi dengan tangisan menghadap-Nya. Namun, Allah tidak membiarkanku lemas dalam lautan air mata dunia. Di datangkan seorang sahabat setia untuk mengingati yang terlupa walau selaut dosa kuhampar padanya. Bahawa sesungguhnya, tangisan itu hanya selayaknya untuk Allah sahaja. Sungguh Allah Maha Bijaksana dan Maha Mengasihani. Memberi ujian untuk hamba-Nya dalam segunung hikmah yang sukar difahami.
Maka, tanyalah kembali diri kita, kemana telah tumpahnya air mata kita?Adakah dihadapan Allah kerana takutkan dosa yang menggunung sedangkan amal tidak bertambah? Atau didepan dunia yang hanya sementara. Kiralah berapa banyak tumpahnya air mata untuk kekasih hati bila putus cinta? Kiralah betapa banyak air mata tumpah kerana kehilangan harta disayangi. Kiralah berapa banyak air mata tumpah mengenangkan ahli keluarga tersayang yang telah pergi. Kiralah berapa banyak air mata yang tumpah kerana perkara yang sia-sia. Kiralah air mata itu, walau selautan jumlahnya, namun tangisan itu tiada bermakna. Tidak bernilai disisi Allah Taala, kerana ia bukan tumpah kerana cinta dan kasih hanya kepada-Nya.

Di akhirat kelak, Allah akan mengurniakan sebuah bendera yang berwarna warni kepada golongan air mata yang tumpah hanya pada-Nya. Meraka akan berada dibawah panji-panji itu yang diserahkan kepada Nabi Nuh sebagai ketuanya.

Nabi Nuh As dipilih mengetuai golongan air mata kerana pengalaman hidupnya yang dipenuhi pelbagai kepahitan, kesengsaraan, ancaman dan tentangan. Tatkala Rasulullah SAW bersedih kerana perjuangan baginda yang sukar, Allah mewahyukan perihal Nabi Nuh, yang jauh lebih getir perjuangannya untuk memotivasikan Baginda dan para sahabat.
Dicelah-celah kegersangan hati dan sukma, basahkan lah ia dengan tangisan sebagai sebenar-benar hamba.. Alirkanlah ia dan persembahkanlah hanya kepada Allah semata. Sudah terlalu banyak air mata yang tumpah sia-sia kerana dunia. Kini biar la ia tumpah di medan perjuangan ini, bukan kerana sedih atau berputus asa, tetapi kerana mendamba kasih dan Rahmat Ilahi dan cinta baginda, Muhammad SAW.

Sungguh besar nilai sebuah tangisan untuk Ilahi itu, umpama besarnya seperti darah syuhada' dan dakwat para ilmuan. Tangisan yang lahir dari hati yang mendambakan Allah bukan mudah untuk datang. Maka, ku syukuri setiap ujian yang menduga kerana dengan ujian itulah hati yang keras menjadi lembut. Hanya dengan ujianlah membawa hati lebih ingat kepada tuhanku dan hanya dengan ujian hati ini sentiasa tenang dalam rahmatNya.

"Ya Allah anugerahkanlah aku sebuah tangisan yang lahir atas cintaku hanya pada-Mu, sungguh aku rindu pada tangisan menghadap-Mu"

TEGUHKAN IMAN ANDA!

Assalamualaikum..

Iman Anda Sudah LOW !!!

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║██░░░░░░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║██░░░░░Battery Low ░░░░░─║║║
║║██░░░░░░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

▂ ▄ ▅ ▇ █ Charge Iman Anda █ ▇ ▆ ▄ ▂

أستغفر الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║████░░░░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║████░░░Battery Low ░░░░░─║║║
║║████░░░░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

سبحان الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║███████░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║███████Battery Low ░░░░░─║║║
║║███████░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

لا إله إلا الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║█████████░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║█████████tery Low ░░░░░─║║║
║║█████████░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

الله أكبر

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║███████████░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║███████████y Low ░░░░░─║║║
║║███████████░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

لا حول و لا قوة إلا بالله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║██████████████░░░░░░╚╗╚╗
║║██████████████ ░░░░░░─║║║
║║██████████████░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

الحمد لله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║█████████████████░░░╚╗╚╗
║║█████████████████░░░─║║║
║║█████████████████░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

اللهم صل على سيدنا محمد

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║████████████████████╚╗╚╗
║║███████ Battery Full ██████─║║║
║║████████████████████╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

Sudah FULL..
Aameen.. ^^
Alhamdulillah,
sedar x sedar anda telah berzikir & berselawat..
" berblog sambil beribadah " ^_^ ..
Jadi Cepat Charge .. ♥

~ TanyalahUstaz ~

K|E|R|A|N|A D|I|R|I|M|U W|A|N|I|T|A ..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum .. Salam ukhuwah ~ Salam mujahadah ~

KERANA DIRIMU WANITA <3
Ketika Allah S.W.T menciptakan seorang wanita , ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa ..
DIA membuat bahu seorang wanita cukup kuat untuk menopang dunia .. namun , cukup lembut untuk memberikan kenyamanan..
ALLAH S.W.T memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya..
DIA juga memberi seorang wanita kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh..
ALLAH SWT memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan , bahkan ketika anaknya bersikap menyakiti hatinya..
Dan ALLAH SWT memberinya keistimewaan kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya..
DianugerahkanNya kebijaksaan kepada seorang wanita untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya , tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapannya hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu ..
Dan akhirnya , ALLAH SWT memberinya air mata untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untuk untuk digunakan ketika dia memerlukan ..
~~ Ketahuilah ... kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya , susuk tubuh yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya ...
''KECANTIKAN SEORANG WANITA SEHARUSNYA DILIHAT MELALUI MATANYA .. KERANA ITULAH PINTU HATINYA .. TEMPAT DI MANA CINTA ITU BERADA''

Kerana kita adalah wanita seharusnya kita menjadi 'mahal'. Sesungguhnya Allah sangat mnjaga maruah wanita maka mengapa kita tidak menghargainya..

U|M|M|I|K|U S|A|Y|A|N|G !

Assalamualaikum..

Bersyukur kita pada hari ini kerana masih diberi nafas yang baru  untuk menghirup udara di dunia yang fana ini. Dan bersyukur kita kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menambahkan amal ibadat kita yang masih sedikit ini. =)

Hari ini saya buat PBS band 6. Cg Hafilah suruh reka puisi untuk ibu. Dan ini adalah hasil nukilan saya buat Ummi saya yang bernama Zainon Mohamad. n___n

Sebuah sajak buat ummiku sayang.. ^__^

 UMMIKU SAYANG

Ummi,
Di setiap saat dan ketika ,
kau selalu berada di sampingku ,
Menyuluh jalan hidupku agar aku tidak tersilap langkah dalam segala kancah kehidupan.

Ummi,
Di kala aku dalam kedukaan dan kesedihan ,
Kau setia mengajarku erti kekuatan,
Untuk terus maju ke hadapan.

Ummi,
Kasihmu yang abadi ,
Ketulusan hatimu ,
Dalam membesarkan aku , anakmu
Akan ku hargai dan ingati ,
Hingga ke akhir hayatku.

Ummi,
Tika aku jatuh dan tersungkur ,
kau membantuku bangun dan memberi aku semangat untuk bangkit kembali ,
Meneruskan perjuangan dimuka bumi Allah ini.

Ummi,
Engkau adalah matahari yang selalu menyinari hari-hari yang ku lalui ,
Membinmbing aku ke arah jalan yang diredhai Allah,
Mendidik aku dengan penuh kasih sayang ,
Jasamu tidak terbalas , Ummi.

Ummi,
Maafkan ku andai selama ini ,
Aku banyak membuatmu terluka dengan tingkah laku dan tutur kataku ,
Membuatmu tersinggung dengan percakapanku ,
Ku mengharapkan restu darimu ,
Kerana ku tahu bahawa keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa .

Ummi ,
Ku berdoa ke hadrat Ilahi ,
Agar kau dipanjangkan umur ,
Diberikan kekuatan dan ketabahan serta kesihatan yang baik oleh Allah Azza Wa Jalla.

Ummi ,
Terima kasih yang tidak terhingga diatas segala pengorbanan dan kasih sayang ,
Yang telah kau curahkan buat anakmu ini ,
Ketahuilah ummi bahawa daku sangat menyayangimu ,
Dan menyanjungi segala pengorbananmu .
Terima kasih atas segalanya..

Saya sayang Ummi ! <3              

Nukilan oleh ;  Nur Izzah Hanim Mahadi .

E|I|D M|U|B|A|R|A|K 1|4|3|3 H.

Bismillahhirrahmanirrahim...
 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Assalamualaikum..

  Pertama-tamanya , syukur Alhamdulillah kerana masih diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk menyambut lebaran tahun ini. Tahun ni , raya pertama di rumah M.We sebelah Abah . Saya pulang ke kampung tengah hari Sabtu. Petang tu , saya belajar buat ketupat dengan M.We tapi x berjaya . Hehe.. Dah try habis-habisan tapi satu pun tak menjadi . Sy tengok M.We saya buat macam senang je. Tapi x sesenang yang disangka apabila saya mencuba buat sendiri. Takpe la . Tahun depan kot. Hihi.. Di sini , ada beberapa keping gambar raya saya bersama keluarga dan sanak - saudara. =)

                                                     Bersama sanak saudara! =)

Abah dan Ummi tersayang!
 
M.We dan Tok Ayah!
 
Bersama Ummi dan adik beradik!
 
Heee.. ;D
 
Ummi dan adik2 ku! ^__^
 
Gaun strawberry! Pink + merah .
 
Nur Izzati n Nur Afiqah. <3
 
 *Rajin akak baca buku. ^_^
 
R|A|M|A|D|H|A|N K|A|R|E|E|M

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum . : ) Tidak lama lagi ramadhan akan pergi . Syawal pula kembali. Masa berlalu begitu pantas tanpa  menyedarinya. Ramadhan kini hampir sampai ke penguhujungnya. Adakah kita menghayati ramadhan pada tahun ini dengan sebenar-benarnya ? Kita sibuk dengan persiapan hari raya tanpa menggunakan bulan ramadhan ini sebagai tarbiah buat kita .  Memang syawal itu perlu dirai kerana ia merupakan hari kemenangan bagi umat islam kerana berjaya menjalani ibadah puasa dan berjaya mengekang hawa nafsu . Namun perlu diingat bahawa menyambutnya secara berlebih-lebihan akan menjadikan kita leka/alpa ?

Oleh itu , sambutlah ia dengan secara bersederhana sahaja. Dan ingatlah , pergaulan kita perlu dijaga . Janganlah terlalu bercampur antara lelaki dan perempuan supaya syawal kita diberkati oleh Ilahi. Aurat kita juga perlu dipelihara dan dijaga. Pakailah pakaian yang sopan di hari yg mulia . Saling bermaaf-maafan sesama kita. Insya-Allah syawal kita akan  lebih bermakna kali ini. Tanamkan azam yang baru supaya kita akan sentiasa berusaha menjadi lebih baik .

Salam ;        Nur Izzah Hanim Mahadi

-- AIDILFITRI --

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

   Tersenyum nampak gigi ,
   Ketawa tak kering gusi ,
   Ramadhan kini beransur pergi ,
   Syawal menjelma kembali.

     Masa berlalu begitu pantas tanpa disedari . Ramadhan kini hampir sampai ke penghujungnya. Aidilfitri pula ingin menggantikan bulan Ramadhan . Terasa sayu kerana bulan yg penuh barakah akan meninggalkan diri ini. Gembira pun ada kerana bakal berjumpa dengan Syawal. Hmmm..

    Bulan syawal merupakan hari kemenangan bagi umat islam kerana berjaya menjalani ibadah puasa sekaligus berjaya mengekang hawa nafsu daripada melalukan perkara yg tidak elok. Di bulan syawal , kita saling bermaaf-maafan . Selain itu , dapat juga berjumpa sanak saudara yg jauh sekaligus mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita.

    Sempena Hari yang mulia ini , saya ingin memohon seribu kemaafan dari semua seandainya ada salah dan silap . SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI! Maaf Zahir Dan Batin..

U|J|I|A|N A|L|L|A|H ..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum ..
  1. Sakit adalah ujian Allah buat hamba-Nya kerana sakit itu tanda Dia kasih kepada kita . Sakit itu kifarah dosa. Jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda ♥ Bersabarlah menerima ujian dari-Nya kerana Allah itu kasih akan hamba-Nya.  :)

PANGGIL SAYA B|E|D|A|H !

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum. Bersyukur ke hadrat illahi  kerana masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah ini. : ) Sy ada cerita nak kongsi . hehe.. Hari Selasa lepas , sy ada terima bungkusan hadiah dari PTS  . heee..  saya ada hantar borang ' SAYA MAHU HADIAH' kepada PTS. Tidak lama kemudian , sy terima hadiah . Yeay! Hadiahnya berupa sebuah buku cerita dan buttonbadge. hehe.. Bestnyeeeeeeee. saya suka baca novel.  Best ke cerita dia ? Best la. Tapi saya baru baca beberapa helai muka surat sebab tak sempat. :) hehe.. Sekian .

Nur Izzah Hanim Mahadi

~ MERINDUI RAMADHAN ~

Duhai Ramadhan...
Kehadiranmu
Mengukir senyuman
Bersulam syahdu tawa
Mengiringi sayu hangatan air mata
Menghimpun panjat syukur buat yang Esa

Duhai Ramadan...
Kehadiranmu
bak Penantian sang kekasih pada arjunanya
Biarkan penantian ini umpama episod cinta
Episod cinta 10 malam terakhir
Menguntum nikmat Lailatul Qadar
Padanya turunnya Al-Quran
Ganjaran melebihi seribu bulan

Duhai Ramadan...
Biarlah kehadiranmu kali ini
Menjadi pertemuan istimewa antara kita berdua
Titian hari merobah paradigma iman jiwa
Melakar megah lembayung Taqwa
Peroleh rahmat beroleh bahagia
Ampunan dosa hitam nan kelam
Terlepas azab Jahannam menjulang

Duhai Ramadan...
Biarlah kehadiranmu kali ini
Melambai mesra syafaat bahagia
Melakar senyuman cinta ke syurga
menguntum kasih buat Allah yang Esa
Membawa lalu duka nan lara
Mengusir pergi tangis sengketa

Duhai Ramadan...
Andai pertemuan ini yang terakhir
Jadikanlah saat bersamamu disusuli
basahan zikrullah
beralun merdu lafaz al-kitab
beserta istiqomah tahajjud syukur
Jua tadahan doa pohon ampunan
Mengecap impian syurga idaman..

~ Sebuah artikel dari iluvislam ~

SCHUBERT'S SERENADE! ~HLOVATE~

(  24/7/12 - SELASA )   

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum. >_<

     Saya ada satu cerita yg nak dishare.. :D  . Hari ni saya ada baca novel bertajuk `GURINDAM JIWA` .  Novel itu menggabungkan 3 buah cerita dalam sebuah GURINDAM JIWA. First , SCHUBERT'S SERENADE . 2 - VENDETTA . 3 - HATI ANDRIYANA..
Saya baru je baca cerita yg 1 tu. Sedih sangat. Berguguran air mata masa baca cerita tu. hehe.. menyayat hati betul..  Cerita itu berkisar tentang seorang gadis bernama Najwa  a.k.a Ju'a . Ayahnya meninggal dunia semasa dia berumur 7 tahun akibat kemalangan jalan raya. Selepas itu , ibunya , Puan Hasnah berkahwin dengan seorang lelaki bernama Encik Zainal. Ju'a mempunyai seorang adik yang dipanggil Ucop. Dia sangat sayang kpd adiknya itu. Ju'a mempunyai seorang abang tiri yang bernama Shaharmi atau lebih mesra dipanggil Abang Shah.  Ibunya meninggal dunia semasa dia berumur 17 tahun.

      Abang Shah seorang yang penyayang , baik hati  , mudah mesra , x berkira langsung2 dan berbertanggugjawab .  Abg Shah belajar di UTP . Namun pada awalnya , Ju'a tidak menyukai abangnya itu kerana sebab yang tertentu . Namun lama kelamaan dia sangat menyayangi abangnya itu . Kebanyakan cita rasa dan minat mereka sama . Baik dari segi filem , buku , komposer , penulis . Sama2 suka Schubert's serenade dan Pachabel's canon . sama2 peminta no.1 Dan Brown.  Abangnya itu selalu mengusiknya.  Mereka selalu memainkan muzik Schubert's serenade bersama-sama. Abangnya arif bermain piano manakala dia lebih suka bermain violin. Ju'a tinggal di asrama. Setiap hujung minggu , dia akan pulang ke rumah. Ju'a sangat akrab dengan abangnya itu. Setiap weekend , abangnya itu selalu melawatnya di asrama. Abangnya selalu membelikannya murtabak Pak Yem. Abang Shah juga selalu mengajarnya add maths. Abang Shah pernah berjanji bahawa sekiranya Ju'a mendapat straight A's SPM and A1 for add maths , dia akan membelikan Ju'a rosewood sunrise dan sebuah handset.

       Suatu hari tu , masa Abg Shah pergi melawat Ju'a , dia memberitahu satu khabar gembira kpd Ju'a . Mama mereka prengnant! Diorang sgt2 la happy . Mereka berebut untuk memilih nama kpd adik mereka yang blm lahir lagi. Shah ingin memberi nama Luqman-Al-Hakim manakala Ju'a memilih untuk memberi nama Nur Liyana. Pada suatu hari , baby dah nak lahir . Mama mereka dah masuk labour room. Ju'a call abang shah. Shah baru habis kuliah dan bercadang mahu pulang terus . Dia pulang dengan menaiki sebuah motor RXZ. kebetulan masa dalam perjalanan , hujan turun dengan lebatnya. Jalan licin Kereta depan berhenti mengejut. Belakang ada lori . Abang Shah mangsa keadaan , Abang Shah x sempat nak tengok baby , Abang Shah x sempat nak bagi nama baby. JU'A berasa sangat gembira setelah adiknya itu lahir . Baby boy. Tapi setelah dia mengetahui berita tentang kemalangan abang Shah hatinya merasa remuk rendam. Segala-galanya terasa seolah-olah berhenti.

       Dia merasa sangat sedih selepas mendengar berita itu daripada papanya. Abang yang dia sayang telah pergi untuk selama-lamanya. Baby itu diberi nama Luqman-Al-Hakim. Dia asyik termenung dan teringat kenangannya bersama Abang Shah selepas peristiwa itu. Schubert's serenade berkumandang . Abang Shah selalu menasihatinya dan memujuknya sekiranya dia bersedih atau teringatkan ayahnya. '' Kita kena selalu ingat .... orang yang kita ingat tu sayang kita macam mana kita sayang dia. Dia orang pergi dulu bukan sbb x syg kita , tp sbb Dia lebih sayang ayah Ju'a dengan mama abg. Lebih dari kita semua sayang dia orang. Lagipun sooner or later kita akan jumpa dia orang balik. Percaya dengan janji Tuhan , Ju'a . '' Wajah Abg Shah kembali belayar di ruang mata. Air matanya bercucuran mengingat kenangan yang lalu . '' Sebenarnya tak sejauh yang kita fikirkan . Hanya dipisahkan oleh satu garis je. Life..... '' si sebelah garisan kiri garisan itu, '' ...and death.'' Di kanan garisan.'' Garisan tu je yang pisahkan kita. Dan doa tu penghubung paling kuat.'' Itu nasihat Abang Shah untuk Ju'a.

     Sejak hari tu , Ju'a termenung sendirian. Dia berjaya melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti tempatan. Dia berjumpa dengan seorang lelaki yang bernama ...

Ramadhan Al-Mubarak..

Assalamualaikum..

Lama suda saya x post kat blog ni. Tersangattttt laaaaa lammmaa.. Takpe la . X de masa.. hehe.. Cuma nk ucap ,

 SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1433 H .

- Bulan yg tersangattt mulia. Semoga kita beroleh pengampunanNya.

Awalnya rahmat ,
pertengahannya keampunan ,
dan akhirnya pembebasan dari api neraka .

~ Salam Ramadhan  ~

RAHSIA SOLAT !

Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa ada sekali Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya.Pada masa itu ialah musim daun-daun gugur.Baginda ambil ranting sebatang pohon yg daun-daunnya mulai gugur dengan lebatnya,seraya Baginda s.a.w bersabda,"Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana ALLAH,dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohon ini".
Solat ini ada banyak kebaikan dan rahsianya. Antaranya, Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.
1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

sincerely , NUR IZZAH HANIM

Sekolah baru , perangai pun baru ! ;)

Assalamualaikum .

Dah 2 hari saya skola kat SMKADG . best juga skola kat situ . Tapi , x brape boleh menyesuaikan diri lg sbb x ramai kawan kat sana . Nasib baik Ellya, Mira, Dalili n Aisyah ada . huhu.. Hari ni saya dapat kawan baru ! Ramai sgt . best ! Diorang baik2 mcm kwn2 lama kat SKBS dulu . huhu.. sempena masuk skola baru ni , azam saya , ingin berjaya di dunia & di akhirat serta menjadi org yang berguna kpd org lain .  Jyeah ! saya harap azam saya itu tercapai ! perangai saya pun saya nk ubah , drpd perangai main2 kpd perangai serius2 , perangai buat endah x endah kpd perangai ambil cakna , perangai malas kpd rajin n semua yg x elok tu , diperelokkan ( ada ke perkataan ni ? haha.. ) . okay la . minta diri dulu . Assalamualaikum .

# Berubah ke arah yang lebih baik . =)

Sahabat-sahabatku ..

Untuk kamu yang bergelar sahabat .

- Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat saya selama ini .
- Saya sayang awak , kawan !
- Saya harap ukhuwah persahabatan yang terjalin selama ini berkekalan selama-lamanya sehingga ke syurga .
- Saya doakan agar awak sentiasa berjaya !
- Saya minta maaf atas kesalahan saya sepanjang kita bersahabat .

sahabat .. ruginya org yg mensesiakan sahabatnya .

L|O|V|E .

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum ya sodikoti. Siapa  yg harus kita sayang dan kasih dahulu. Tentulah Pencipta kita. ALLAH . Allah amat kasih akan hambanya. : ) Seterusnya , Rasulullah S.A.W . Idola kita.   Yang ketiga , orang yg membesarkan kita . : D
Kasih ibu seluas lautan , kasih ayah tiada sempadan . n__n

Abah n Umi .

My teachers in SKBS.

My classmates . ^ 6 Bestari 2011 ^

n last ! orang yang dah jadi kawan saya . ;)

THANK YOU !

Assalamualaikum .

THANK YOU VERY MUCH , IKAN PUYU EMPAT EKOR SAMAH ! Thank You to my best friend , Engku Fatin Nadhirah kerana da edit blog sye yg pada mulanya hodoh sgt2 menjadi comel lote .
Thanks ye Engku . ILYSM . saya doakan semoga awk n semua kwn2 berjaya ye . ~AMIN YA RABBAL AL-AMIN ~ .

Sekolah Baru !

Assalamualaikum .

Kali ni  post pasal sekolah ! huhu.. saya akan sekolah kat SMKA Durian Guling a.ka SMKADG . huhu..not SMKBS , okay ? hmm.. saya harap saya dpt kawan2 yg baik di sana . Jyeah ! ada kwn2 saya yg skola Imtiaz KT , Imtiaz KB , SMKBS , Mahmudiah n others la . Saya harap saya akan menempa kejayaan di sana n kawan2 saya juga sama . huhu.. GOOD LUCK everyone ! Okay . bye2 . Assalamualaikum .

Koleksi nOvel saya ! :D

Assaalamualaikum .

kali ni saya nak post tentang koleksi buku cerita saya merangkap 'kawan' saya di masa lapang . whoaaa ! buku  saya x lah banyak mana . Kadang2 saya beli novel tu ngn duit saya , kdg2 ngn duit Umi dan Abah saya . Diorang x marah pun beli novel ! Tapi x boleh la lebih2 sgt . Jyeah ! Antara koleksi novel yang saya ada ialah :

1 . Dear Yayah 1
2 . Dear Yayah 4
3 . Dear Yayah 5 ( Sejuknya Eau Claire ! )
4 . Nohan
5 . J.A.Y ( Janji Anak Yatim )
6 . Kamilah kembar diraja
7 . Siri Young Aisyah : 7 . Pindah Rumah
                                   8 . Juara Kg. Badak Berendam
                                   9 . Sayang Cikgu
                                   10 . Cuti sekolah
                                   11 . Catatan Aktiviti Aisyah
                                   12 . Kawan Baru
13 . Sarah dan Duit Raya
14 . Sarah dan anting-anting
15 . Ummar remaja Facebook
16 . Dunia Jam 10
17 . Dunia Baru Yazmin
18 . Aku mahu lawan hantu ( hilang da..kena curi . padahal bru beli ! )
19 . Hai Suria : Suria vs Kaca Mata
20 . Sejak bila kami sepakat ?
21 . Merah Cinta Kita : Gadis Contact Lens
22 . Merah Cinta Kita : Tolonglah..jangan hukum dia
23 . Lagi-lagi botol air
24 . Melah Melia : Selamat Tinggal kawan
25 . Melah Melia : Rombongan ke Pangkor
26 . Eksplorasi Flora dan Fauna

Komik !

Komik Dear Yayah 1
Komik Dear Yayah 2
Komik M : Aku,kau dan bola
Komik Ana Muslim : Pada suatu hari 1

Magazine ?

Siri Ana Muslim
Siri Ujang
Siri Bintang Kecil
Ksih Isabelle
Apo ?

Itu saja . Sikit je , kan ? huhu..kalau boleh saya nak + lg koleksi buku2 saya terutamanya NOVEL ! Saya suka baca novel . Okay ler . Sampai di sini dahulu . Assalamualaikum :D

Sunday, 30 December 2012

Saturday, 29 December 2012

Wednesday, 19 December 2012

Friday, 19 October 2012

Thursday, 18 October 2012

Thursday, 20 September 2012

Monday, 3 September 2012

E|I|D M|U|B|A|R|A|K 1|4|3|3 H.

Bismillahhirrahmanirrahim...
 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Assalamualaikum..

  Pertama-tamanya , syukur Alhamdulillah kerana masih diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk menyambut lebaran tahun ini. Tahun ni , raya pertama di rumah M.We sebelah Abah . Saya pulang ke kampung tengah hari Sabtu. Petang tu , saya belajar buat ketupat dengan M.We tapi x berjaya . Hehe.. Dah try habis-habisan tapi satu pun tak menjadi . Sy tengok M.We saya buat macam senang je. Tapi x sesenang yang disangka apabila saya mencuba buat sendiri. Takpe la . Tahun depan kot. Hihi.. Di sini , ada beberapa keping gambar raya saya bersama keluarga dan sanak - saudara. =)

                                                     Bersama sanak saudara! =)

Abah dan Ummi tersayang!
 
M.We dan Tok Ayah!
 
Bersama Ummi dan adik beradik!
 
Heee.. ;D
 
Ummi dan adik2 ku! ^__^
 
Gaun strawberry! Pink + merah .
 
Nur Izzati n Nur Afiqah. <3
 
 *Rajin akak baca buku. ^_^
 
Saturday, 1 September 2012

R|A|M|A|D|H|A|N K|A|R|E|E|M

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum . : ) Tidak lama lagi ramadhan akan pergi . Syawal pula kembali. Masa berlalu begitu pantas tanpa  menyedarinya. Ramadhan kini hampir sampai ke penguhujungnya. Adakah kita menghayati ramadhan pada tahun ini dengan sebenar-benarnya ? Kita sibuk dengan persiapan hari raya tanpa menggunakan bulan ramadhan ini sebagai tarbiah buat kita .  Memang syawal itu perlu dirai kerana ia merupakan hari kemenangan bagi umat islam kerana berjaya menjalani ibadah puasa dan berjaya mengekang hawa nafsu . Namun perlu diingat bahawa menyambutnya secara berlebih-lebihan akan menjadikan kita leka/alpa ?

Oleh itu , sambutlah ia dengan secara bersederhana sahaja. Dan ingatlah , pergaulan kita perlu dijaga . Janganlah terlalu bercampur antara lelaki dan perempuan supaya syawal kita diberkati oleh Ilahi. Aurat kita juga perlu dipelihara dan dijaga. Pakailah pakaian yang sopan di hari yg mulia . Saling bermaaf-maafan sesama kita. Insya-Allah syawal kita akan  lebih bermakna kali ini. Tanamkan azam yang baru supaya kita akan sentiasa berusaha menjadi lebih baik .

Salam ;        Nur Izzah Hanim Mahadi

Tuesday, 21 August 2012

-- AIDILFITRI --

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

   Tersenyum nampak gigi ,
   Ketawa tak kering gusi ,
   Ramadhan kini beransur pergi ,
   Syawal menjelma kembali.

     Masa berlalu begitu pantas tanpa disedari . Ramadhan kini hampir sampai ke penghujungnya. Aidilfitri pula ingin menggantikan bulan Ramadhan . Terasa sayu kerana bulan yg penuh barakah akan meninggalkan diri ini. Gembira pun ada kerana bakal berjumpa dengan Syawal. Hmmm..

    Bulan syawal merupakan hari kemenangan bagi umat islam kerana berjaya menjalani ibadah puasa sekaligus berjaya mengekang hawa nafsu daripada melalukan perkara yg tidak elok. Di bulan syawal , kita saling bermaaf-maafan . Selain itu , dapat juga berjumpa sanak saudara yg jauh sekaligus mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita.

    Sempena Hari yang mulia ini , saya ingin memohon seribu kemaafan dari semua seandainya ada salah dan silap . SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI! Maaf Zahir Dan Batin..

Thursday, 16 August 2012

U|J|I|A|N A|L|L|A|H ..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum ..
  1. Sakit adalah ujian Allah buat hamba-Nya kerana sakit itu tanda Dia kasih kepada kita . Sakit itu kifarah dosa. Jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda ♥ Bersabarlah menerima ujian dari-Nya kerana Allah itu kasih akan hamba-Nya.  :)

Friday, 10 August 2012

PANGGIL SAYA B|E|D|A|H !

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum. Bersyukur ke hadrat illahi  kerana masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah ini. : ) Sy ada cerita nak kongsi . hehe.. Hari Selasa lepas , sy ada terima bungkusan hadiah dari PTS  . heee..  saya ada hantar borang ' SAYA MAHU HADIAH' kepada PTS. Tidak lama kemudian , sy terima hadiah . Yeay! Hadiahnya berupa sebuah buku cerita dan buttonbadge. hehe.. Bestnyeeeeeeee. saya suka baca novel.  Best ke cerita dia ? Best la. Tapi saya baru baca beberapa helai muka surat sebab tak sempat. :) hehe.. Sekian .

Nur Izzah Hanim Mahadi

~ MERINDUI RAMADHAN ~

Duhai Ramadhan...
Kehadiranmu
Mengukir senyuman
Bersulam syahdu tawa
Mengiringi sayu hangatan air mata
Menghimpun panjat syukur buat yang Esa

Duhai Ramadan...
Kehadiranmu
bak Penantian sang kekasih pada arjunanya
Biarkan penantian ini umpama episod cinta
Episod cinta 10 malam terakhir
Menguntum nikmat Lailatul Qadar
Padanya turunnya Al-Quran
Ganjaran melebihi seribu bulan

Duhai Ramadan...
Biarlah kehadiranmu kali ini
Menjadi pertemuan istimewa antara kita berdua
Titian hari merobah paradigma iman jiwa
Melakar megah lembayung Taqwa
Peroleh rahmat beroleh bahagia
Ampunan dosa hitam nan kelam
Terlepas azab Jahannam menjulang

Duhai Ramadan...
Biarlah kehadiranmu kali ini
Melambai mesra syafaat bahagia
Melakar senyuman cinta ke syurga
menguntum kasih buat Allah yang Esa
Membawa lalu duka nan lara
Mengusir pergi tangis sengketa

Duhai Ramadan...
Andai pertemuan ini yang terakhir
Jadikanlah saat bersamamu disusuli
basahan zikrullah
beralun merdu lafaz al-kitab
beserta istiqomah tahajjud syukur
Jua tadahan doa pohon ampunan
Mengecap impian syurga idaman..

~ Sebuah artikel dari iluvislam ~

Tuesday, 24 July 2012

SCHUBERT'S SERENADE! ~HLOVATE~

(  24/7/12 - SELASA )   

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum. >_<

     Saya ada satu cerita yg nak dishare.. :D  . Hari ni saya ada baca novel bertajuk `GURINDAM JIWA` .  Novel itu menggabungkan 3 buah cerita dalam sebuah GURINDAM JIWA. First , SCHUBERT'S SERENADE . 2 - VENDETTA . 3 - HATI ANDRIYANA..
Saya baru je baca cerita yg 1 tu. Sedih sangat. Berguguran air mata masa baca cerita tu. hehe.. menyayat hati betul..  Cerita itu berkisar tentang seorang gadis bernama Najwa  a.k.a Ju'a . Ayahnya meninggal dunia semasa dia berumur 7 tahun akibat kemalangan jalan raya. Selepas itu , ibunya , Puan Hasnah berkahwin dengan seorang lelaki bernama Encik Zainal. Ju'a mempunyai seorang adik yang dipanggil Ucop. Dia sangat sayang kpd adiknya itu. Ju'a mempunyai seorang abang tiri yang bernama Shaharmi atau lebih mesra dipanggil Abang Shah.  Ibunya meninggal dunia semasa dia berumur 17 tahun.

      Abang Shah seorang yang penyayang , baik hati  , mudah mesra , x berkira langsung2 dan berbertanggugjawab .  Abg Shah belajar di UTP . Namun pada awalnya , Ju'a tidak menyukai abangnya itu kerana sebab yang tertentu . Namun lama kelamaan dia sangat menyayangi abangnya itu . Kebanyakan cita rasa dan minat mereka sama . Baik dari segi filem , buku , komposer , penulis . Sama2 suka Schubert's serenade dan Pachabel's canon . sama2 peminta no.1 Dan Brown.  Abangnya itu selalu mengusiknya.  Mereka selalu memainkan muzik Schubert's serenade bersama-sama. Abangnya arif bermain piano manakala dia lebih suka bermain violin. Ju'a tinggal di asrama. Setiap hujung minggu , dia akan pulang ke rumah. Ju'a sangat akrab dengan abangnya itu. Setiap weekend , abangnya itu selalu melawatnya di asrama. Abangnya selalu membelikannya murtabak Pak Yem. Abang Shah juga selalu mengajarnya add maths. Abang Shah pernah berjanji bahawa sekiranya Ju'a mendapat straight A's SPM and A1 for add maths , dia akan membelikan Ju'a rosewood sunrise dan sebuah handset.

       Suatu hari tu , masa Abg Shah pergi melawat Ju'a , dia memberitahu satu khabar gembira kpd Ju'a . Mama mereka prengnant! Diorang sgt2 la happy . Mereka berebut untuk memilih nama kpd adik mereka yang blm lahir lagi. Shah ingin memberi nama Luqman-Al-Hakim manakala Ju'a memilih untuk memberi nama Nur Liyana. Pada suatu hari , baby dah nak lahir . Mama mereka dah masuk labour room. Ju'a call abang shah. Shah baru habis kuliah dan bercadang mahu pulang terus . Dia pulang dengan menaiki sebuah motor RXZ. kebetulan masa dalam perjalanan , hujan turun dengan lebatnya. Jalan licin Kereta depan berhenti mengejut. Belakang ada lori . Abang Shah mangsa keadaan , Abang Shah x sempat nak tengok baby , Abang Shah x sempat nak bagi nama baby. JU'A berasa sangat gembira setelah adiknya itu lahir . Baby boy. Tapi setelah dia mengetahui berita tentang kemalangan abang Shah hatinya merasa remuk rendam. Segala-galanya terasa seolah-olah berhenti.

       Dia merasa sangat sedih selepas mendengar berita itu daripada papanya. Abang yang dia sayang telah pergi untuk selama-lamanya. Baby itu diberi nama Luqman-Al-Hakim. Dia asyik termenung dan teringat kenangannya bersama Abang Shah selepas peristiwa itu. Schubert's serenade berkumandang . Abang Shah selalu menasihatinya dan memujuknya sekiranya dia bersedih atau teringatkan ayahnya. '' Kita kena selalu ingat .... orang yang kita ingat tu sayang kita macam mana kita sayang dia. Dia orang pergi dulu bukan sbb x syg kita , tp sbb Dia lebih sayang ayah Ju'a dengan mama abg. Lebih dari kita semua sayang dia orang. Lagipun sooner or later kita akan jumpa dia orang balik. Percaya dengan janji Tuhan , Ju'a . '' Wajah Abg Shah kembali belayar di ruang mata. Air matanya bercucuran mengingat kenangan yang lalu . '' Sebenarnya tak sejauh yang kita fikirkan . Hanya dipisahkan oleh satu garis je. Life..... '' si sebelah garisan kiri garisan itu, '' ...and death.'' Di kanan garisan.'' Garisan tu je yang pisahkan kita. Dan doa tu penghubung paling kuat.'' Itu nasihat Abang Shah untuk Ju'a.

     Sejak hari tu , Ju'a termenung sendirian. Dia berjaya melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti tempatan. Dia berjumpa dengan seorang lelaki yang bernama ...

Ramadhan Al-Mubarak..

Assalamualaikum..

Lama suda saya x post kat blog ni. Tersangattttt laaaaa lammmaa.. Takpe la . X de masa.. hehe.. Cuma nk ucap ,

 SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1433 H .

- Bulan yg tersangattt mulia. Semoga kita beroleh pengampunanNya.

Awalnya rahmat ,
pertengahannya keampunan ,
dan akhirnya pembebasan dari api neraka .

~ Salam Ramadhan  ~

Wednesday, 25 January 2012

RAHSIA SOLAT !

Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa ada sekali Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya.Pada masa itu ialah musim daun-daun gugur.Baginda ambil ranting sebatang pohon yg daun-daunnya mulai gugur dengan lebatnya,seraya Baginda s.a.w bersabda,"Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana ALLAH,dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohon ini".
Solat ini ada banyak kebaikan dan rahsianya. Antaranya, Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.
1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

sincerely , NUR IZZAH HANIM

Thursday, 5 January 2012

Sekolah baru , perangai pun baru ! ;)

Assalamualaikum .

Dah 2 hari saya skola kat SMKADG . best juga skola kat situ . Tapi , x brape boleh menyesuaikan diri lg sbb x ramai kawan kat sana . Nasib baik Ellya, Mira, Dalili n Aisyah ada . huhu.. Hari ni saya dapat kawan baru ! Ramai sgt . best ! Diorang baik2 mcm kwn2 lama kat SKBS dulu . huhu.. sempena masuk skola baru ni , azam saya , ingin berjaya di dunia & di akhirat serta menjadi org yang berguna kpd org lain .  Jyeah ! saya harap azam saya itu tercapai ! perangai saya pun saya nk ubah , drpd perangai main2 kpd perangai serius2 , perangai buat endah x endah kpd perangai ambil cakna , perangai malas kpd rajin n semua yg x elok tu , diperelokkan ( ada ke perkataan ni ? haha.. ) . okay la . minta diri dulu . Assalamualaikum .

# Berubah ke arah yang lebih baik . =)

Tuesday, 3 January 2012

Sahabat-sahabatku ..

Untuk kamu yang bergelar sahabat .

- Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat saya selama ini .
- Saya sayang awak , kawan !
- Saya harap ukhuwah persahabatan yang terjalin selama ini berkekalan selama-lamanya sehingga ke syurga .
- Saya doakan agar awak sentiasa berjaya !
- Saya minta maaf atas kesalahan saya sepanjang kita bersahabat .

sahabat .. ruginya org yg mensesiakan sahabatnya .

Monday, 2 January 2012

L|O|V|E .

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum ya sodikoti. Siapa  yg harus kita sayang dan kasih dahulu. Tentulah Pencipta kita. ALLAH . Allah amat kasih akan hambanya. : ) Seterusnya , Rasulullah S.A.W . Idola kita.   Yang ketiga , orang yg membesarkan kita . : D
Kasih ibu seluas lautan , kasih ayah tiada sempadan . n__n

Abah n Umi .

My teachers in SKBS.

My classmates . ^ 6 Bestari 2011 ^

n last ! orang yang dah jadi kawan saya . ;)

THANK YOU !

Assalamualaikum .

THANK YOU VERY MUCH , IKAN PUYU EMPAT EKOR SAMAH ! Thank You to my best friend , Engku Fatin Nadhirah kerana da edit blog sye yg pada mulanya hodoh sgt2 menjadi comel lote .
Thanks ye Engku . ILYSM . saya doakan semoga awk n semua kwn2 berjaya ye . ~AMIN YA RABBAL AL-AMIN ~ .

Sekolah Baru !

Assalamualaikum .

Kali ni  post pasal sekolah ! huhu.. saya akan sekolah kat SMKA Durian Guling a.ka SMKADG . huhu..not SMKBS , okay ? hmm.. saya harap saya dpt kawan2 yg baik di sana . Jyeah ! ada kwn2 saya yg skola Imtiaz KT , Imtiaz KB , SMKBS , Mahmudiah n others la . Saya harap saya akan menempa kejayaan di sana n kawan2 saya juga sama . huhu.. GOOD LUCK everyone ! Okay . bye2 . Assalamualaikum .

Sunday, 1 January 2012