MUDAHNYA MENGELUH , SUKARNYA BERSYUKUR ~

-Salamun Qaulan Min Rabbir Rahim-
> Bismillahirrahmanirrahim <
 
Begitu mudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan. 

Kita mengeluh kerana makanan kegemaran tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan. 

Allah SWT berfirman: "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya" (An-Nahl: 18). Di saat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebutkan kalimat Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikitnya. Memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki..Kecuali orang-orang yang bersyukur. 

Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: "Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit" Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: "Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?" Pemuda berkenaan menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A'raaf ayat 10 yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukurAku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah" jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu

Subhanallah. Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin...

Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."
(Surah Ibrahim: 7) 

> Wallahu A'alamu Bisshawab <

I|S|L|A|M , I|M|A|N , I|H|S|A|N

PendahuluanPada kesempatan kali ini, ruangan ini akan membincangkan tiga istilah utama dalam penghayatan cara hidup Islam yang sebenar. Perkataan Islam, iman dan ihsan adalah suatu gabungan yang cukup mantap bagi melahirkan seorang insan yang kamil (sempurna).

Pengertian iman dan konsepnya.
Iman dari segi bahasa membawa erti percaya. Dalam konteks penghayatannya di kalangan umat Islam, iman membawa maksud mengaku dengan lidah, membenarkan dengan hati dan mengamalkannya dengan anggota.
Dalam erti kata lain bahawa seseorang yang mengaku dengan lidahnya mengenai keesaan dan kekua saan Allah, mestilah membenarkannya dengan hati dan melaksanakan segala perintah-Nya serta meninggalkan larangan-Nya.
Terdapat enam asas kepercayaan dalam amalan, cara hidup Islam yang dikenali sebagai rukun-rukun iman. Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam sebuah hadisnya yang bermaksud:

"Iman itu ialah bahawa kamu yakin dan;  percaya kepada Allah,  
percaya kepada malaikat-malaikat-Nya,  
percaya kepada kitab-kitab-Nya,  
percaya kepada rasul-rasul-Nya,  
percaya dengan kedatangan Hari Akhirat dan  
percaya dengan ketentuan balk dan buruk dari-Nya".
Orang yang tidak percaya dan tidak yakin dengan perkara-perkara atau rukun-rukun iman tersebut adalah kafir. Orang Islam yang menafikan salah satu atau semua rukun iman dianggap murtad iaitu terkeluar daripada agama Islam.

Pengertian Islam dan konsepnya.
Islam daripada segi bahasa bererti sejahtera. Dalam konteks penghayatannya di kalangan umat Islam ia bermaksud menyerah diri, tunduk dan patuh melaksanakan segala perintah Allah dan membenarkan semua ajaran yang dibawa oleh Rasulullah.
Terdapat lima perintah Allah yang mesti dipatuhi dan dilaksanakan oleh seseorang Islam yang dikenali sebagai rukun-rukun Islam. Rukun-rukun Islam ini terkandung dalam sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud:

"Islam itu adalah bahawa engkau bersaksi tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan solat, menunaikan puasa, mengeluarkan zakat dan mengerjakan zakat dan mengerjakan haji dia Makkah jika berkemampuan." 
 Konsep ihsan
Konsep ihsan ini telah digambarkan oleh Rasulullah dalam sebuah hadisnya yang bermaksud:
"Ihsan adalah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, jika kamu tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia sedang melihat kamu"
Hadis ini menjelaskan bahawa ihsan itu adalah tindakan seseorang melakukan sesuatu amalan atau kebaikan kerana menyedari bahawa Allah sedang memerhatikan gerak-gerinya dan dia hanya mengharapkan balasan baik daripada Allah semata-mata.Dalam erti kata lain bahawa semua amalan kebajikan yang dilakukan adalah dengan penuh keikhlasan.

Intisari hubungan antara iman, Islam dan ihsan.
Setelah dijelaskan maksud iman, Islam dan ihsan, maka suatu kesimpulan dapat dibuat berdasarkan hubungan ketiga-tiganya iaitu:
Seseorang yang percaya dan yakin dengan keesaan dan kekuasaan Allah (iman) akan sentiasa tunduk menerima perintah Allah dan patuh melaksanakan nya (Islam) dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan ganjaran oleh manusia (ihsan).
Gabung jalin antara keyakinan terhadap Allah, kepatuhan melaksanakan perintah-Nya dan keikhlasan yang sepenuhnya akan melahirkan insan yang seimbang dan kamil.

Soalan perbincangan

Soalan 
1.Insan yang sempurna adalah orang sempurna Iman, Islam dan ihsannya. Jelaskan ciri-ciri utama yang ada pada insan tersebut.
Jawapan
Ciri-ciri orang yang sempurna iman, Islam dan ihsannya adalah seperti berikut:
  1. Percaya dan yakin dengan kewujudan Allah dan kekuasaan-Nya.
  2. Percaya dan yakin dengan kewujudan para malaikat, kitab-kitab suci Allah, para rasul, kehadiran Hari Akhirat dan ketentuan balk dan buruk daripada Allah.
  3. Taat dan tekun melaksanakan perintah-perintah Allah seperti solat lima waktu sehari semalam, puasa sebulan di bulan Ramadan, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji di Makkah.
  4. Sentiasa ikhlas dalam semua amalan yang dilakukan dan sentiasa mengharapkan hanya ganjaran daripada Allah semata-mata.
 Soalan
Keimanan adalah antara unsur-unsur penting bagi melahirkan insan yang sempurna. Jelaskan kesankesan kelmanan seseorang terhadap kedatangan Hari Akhirat.
Jawapan
Di antara kesan keimanan terhadap kedatangan Hari Akhirat ialah:
  1. Seseorang itu akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengumpul kekayaan dan membelaniakan sebahagian daripadanya ke jalan Allah.
  2. Seseorang itu akan sentiasa menganialkan sifat amanah dalam segala urusan dunianya.
  3. Seseorang itu akan sentiasa ikhlas atau hanya mengharapkan ganjaran daripada Allah bagi setiap kebaikan yang dilakukannya.
  4. Seseorang itu akan sentiasa patuh melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.
  5. Seseorang itu akan sentiasa meniaga hubungan balk sesama manusia, tidak menganiayai binatang dan tidak merosakkan alam sekitar.
  6. Seseorang itu akan sentiasa aktif menyeru masyarakat melakukan kebaikan serta mencegah mereka daripada melakukan kejahatan.
 Soalan
Kepercayaan terhadap kewujudan para malaikat adalah salah satu daripada rukun iman. Jelaskan kesan
beriman dengan para malaikat berikut:
  1. Malaikat Jibril
  2. Malaikat Mikail
  3. Malaikat lzrail
  4. Malaikat Raqib
  5. Malaikat Reduan
JawapanKesan beriman dengan para malaikat adalah seperti berikut :

Malaikat
Kesan keimanan
a. JibrilSeseorang itu tidak akan ragu-ragu lagi untuk beriman dan beramal dengan al-Quran kerana yakin ia diturunkan oleh Allah melalui Malaikat Jibril.
b. Mikail Manusia akan sentiasa berusaha kerana yakin rezeki sentiasa diturunkan oleh Allah melalui Malaikat Mikail
c. Izrail Manusia akan sentiasa berusaha memperbanyakkan amalan kebajikan sebegai bekalan untuk hidup bahagia di Akhirat kerana yakin mereka akan dimatikan.
d. RaqibManusia akan sentiasa berhati-hati untuk melakukan sebarang tindakan kerana ia akan dicatatkan dan akan dihitung di Akhirat kelak.
e. ReduanManusia akan sentiasa melakukan semula amalan kebajikan dengan penuh keikhlasan untuk mendapatkan balasan nikmat di Syurga.

Ukhwah itu manis.

BUAT SAHABATKU ~

Buat sahabatku ,
Hidup...
Tak semestinya selalu bahagia..
Kadang2 kita merasakan pedihnya yg menusuk di hati..
Kepedihan yang bisa membuat hati begitu terhiris..

Namun ,
Biar susah dirasakan..
Biar pedih memikirkan..
Biar payah dibebankan..
Hanya satu yg aku nampak..iaitu..Nur yg tidak pernah padam..
Selagi aku menjadi insan bersyukur..
Selagi aku tahu membezakan..
Antara cinta manusia dengan cinta
Pencipta..
Selagi aku tahu membezakan yg
mana satukah kaca.. atau permata..

Dan..
Jika disanalah tempat terjalinnya
ukhuwah seikhlas ini..
Jika disanalah aku bisa mencari
penawar segala racun..
Jika disanalah aku bisa dibentuk
menjadi insan yg lebih berilmu ,
berwibawa dan cantik pekertinya..
Aku menunggu untuk kesana..
AKu pasti ke sana..
Dengan izin-Mu , Ya Allah..

Ya Allah..
Hati yg manis bercahaya..
Mendamaikan jiwa di dada ..
Aku harap itu tidak akan luput
selamanya walaupun sekiranya..
pada ketika itu,
aku tak punya apa-apa..

Alhamdulillah..
Sahabat pendorong semangatku meraih cinta-Nya..

JIKA DITANYA.. INILAH JAWABNYA..

Assalamualaikum.. Salam 1 Malaysia. ^_^ Syukur , Alhamdulillah kerana masih diberi nafas untuk menghirup udara pada hari ini. Terima kasih ya Allah kerana masih meminjamkan usia padaku. =')

JIKA DITANYA.. INILAH JAWABNYA..

Jika ditanya
Apakah yg lebih indah daripada segunung 
emas dan sejuta
permata ?
Apakah yang lebih indah daripada beribu
mutiara di lautan ?
Dan harta serta wang yang
melimpah ruah ?
Jawabnye..
Keindahannya itu terletak pada keimanan
dan ketakwaan kepada
Tuhan.

Jika ditanya
Apakah akan rugi jika hidup
dengan agama ?
Tanpa merasa nikmatnya dunia ?
Jawabnya..
Kenikmatan itu tergantikan
dengan redha-Nya.

Jika ditanya
Apakah nikmatnya menyusahkan
diri ?
Mencari selautan ilmu ?
Berjuang demi agama ?
Jawabnya..
Kerana inilah perjuangan sebenar.

Yang menuntut aku
mengorbankan segalanya..
Kerana aku tahu indahnya
kenikmatan di syurga
Daripada kenikmatan di dunia.

Aku mahu menjadi bintang
yang cemerlang
Hingga sinarnya menembusi
langit dunia
Hingga izzah islam akan
kembali bersinar
seperti zaman Rasul dan
sahabatnya.

Walau aku bukanlah Sayiditina
Aisyah yang cerdas dan pintar
Bukan juga Sumaiyyah yang
berjiwa perkasa
Bukan juga Sayiditina Khadijah
yang mulia
Bukan Khaulah dengan kuda
dan pedangnya..
Tetapi..
Aku hanyalah wanita akhir
zaman
Yang mempunyai cita-cita
Di sebalik cintaku pada-Nya..

Wanita solehah hiasan dunia ~

Sunday, 30 December 2012

Saturday, 29 December 2012

Wednesday, 19 December 2012