S|A|L|A|M |A|I|D|I|L|A|D|H|A |1|4|3|4| H.

Assalamualaikum..

       Ya Allah. Blog dah berhabuk.. Fuh..fuh.. Lama tak jenguk. Al-maklum , sibuk sikit sekarang.
   Hari Raya Aidil Adha telah berlalu. Bermakna kita sekarang berada di penghujung bulan Islam.    Tak lama lagi kita akan sambut 1 Muharram. Setahun berlalu terasa seolah-olah seperti sebulan. Time flies so fast. Hari pertama Raya , saya di rumah sahaja. Solat sunat hari raya pun di masjid dekat rumah. Sebelum ni jarang berada di rumah pada pagi hari raya pertama. Biasanya balik kampong. Tapi tahun ni balik kampong lewat sedikit memandangkan arwah To'ki dan Tok saya telah tiada.
 
Sayu terasa di pagi hari raya. Laungan takbir bergema menambah kesayuan di hati mengingati mereka yang telah pergi berjumpa Ilahi. Semoga roh mereka damai disisi Ilahi.Ameen. Saya sempat pergi ke rumah ibu saudara sulong. Kakak kepada Ummi saya. Di sana , ramai sepupu dan saudara mara sebelah Ummi. Damainya keluarga yang bahagia.. Semoga berkekalan hubungan kekeluargaan ini dengan limpahan kasihNya. Petang itu , kami bertolak ke rumah m.we . Ibu kepada ayah saya. Saya memanggilnya Mok We . M.we saya orang Kelantan tetapi tinggal di Terengganu. hehe..
 
Seronoknya di sana. Ramai saudara mara pulang ke kampong . Bapa saudara saya yang tinggal di Kuala Lumpur pun pulang ke desa bertemu bonda tercinta.

UJIAN + NIKMAT = KEHIDUPAN.

Assalamualaikum..

Ujian hidup.. Memang berat ujian hidup yang diterima tetapi terselit hikmah di sebaliknya. Di sebalik ujian yang diterima , Allah masih sempat menyelitkan hikmahnya yang tersendiri. Kan Allah itu Maha Penyayang kepada hamba-hambanya? :) Bersyukurlah kita kerana Dia masih prihatin terhadap kita dengan menguji kita dengan pelbagai cubaan yang pastinya kita mampu menghadapinya .
Sudah tertulis firmanNya , " Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya .'' MashaAllah .. Betapa baiknya Pencipta kita.. Bersyukurkah kita?
     Suatu hari , saya diuji dengan kehilangan pendrive. Di dalamnya terdapat pelbagai bahan yang menjadi kenangan buat saya untuk diingati .. Di dalamnya juga tersimpan bahan kerja sekolah saya yang telah saya bentangkan di hadapan kelas.. Saya sangat gelisah dan resah. Bimbang sekiranya pendrive itu terjatuh di tempat yang mungkin saya tidak akan menjumpainya lagi! Allah. Saya bersama 2 orang rakan baik bergegas mencari pendrive tersebut setelah menyedari kehilangannya. Kami segera berlari ke arah padang dan menjejaki jalan2 yang telah dilalui .. Padang yag telah digunakan untuk membuat amali PBS. Padang itu bersaiz sederhana.
    Padang itu telah kami jejak sekelilingnya! Ya Allah. Saya mencari2 pendrive tersebut. Hampir keseluruhan padang ditinjau dengan sabar sambil mulut terkamit-kamit membaca doa agar dipermudahkan urusan. Saya cuba bersikap tenang namun di hati penuh debaran! Maklum , kami juga sendang mengejar masa waktu itu kerana selepas itu kami akan meneruskan pembelajaran.. Setelah ditinjau beberapa kali , rakan saya telah menjumpainya . Saya segera berlari sambil mengucapkan syukur kerana urusan saya telah Dia permudahkan . Alhamdulilllah Ya Allah.
    Waktu itu masa rehat sudah hampir habis! Kami segera berlari ke bilik tayang secepat mungkin sambil tidak habis2 bercerita tentang bagaimana pendrive tersebut boleh terjatuh. Pendrive tersebut terjatuh sewaktu saya berlari mengejar kawan saya . Saya terjatuh di atas pasir. Mungkin waktu itu , pendrive tersebut terjatuh. Alhamdulillah , masa BM kami tidak berapa lewat. Hehe.. Nasib baik cikgu tak marah. Saya sangat bersyukur .. Alhamdulillah Ya Allah.. Itu adalah ujian Allah buat saya pada hari Khamis lepas , hari jadi adik saya!
   Di sini , saya mengambil kesempatan mengucapkan Sanah Helwah buat adik yang disayangi selalu walau kadang2 dia membuat saya hampir meletup. Namun , dia mengajar saya untuk menjadi seorang kakak yang sabar kepada 3 orang adik. Sekian . Berbalik kepada nikmat.. Selepas kejadian kehilangan pendrive , saya dikurniakan nikmat pula olehNya. Selepas hampir 7 jam 30 minit menimba ilmu di sekolah , rumah menjadi tujuan utama saya memandangkan saya tidak tinggal di asrama. Sampai di rumah , terdapat makanan yang memang saya rasa ingin makannya selepas beberapa minggu tidak memakannya akibat terkena cirit birit .
   Alhamdulillah , Allah memperkenankan permintaan saya. Saya terus menjamahnya bersama adik yang kedua.Dia juga salah seorang pengemar buah tersebut. Itulah hikmahnya.. Allah mengirimkan ujian buat saya tetapi Dia juga tidak lupa untuk menyelitkan bersama hadiah buat saya. Indahnya Islam .. Subhanallah..Oleh itu ,sentiasa bersangka baik / husnudzon terhadap Allah. Sekiranya Dia tidak memenuhi permintaan kita , mungkin Dia ingin memberi yang lebih baik daripada itu. Maha Suci Allah yang telah mentadbir bumi ini dengan penuh adil. Mungkin banyak lagi hikmah yang Dia kurniakan namun tidak disedari oleh kita yang terlalu leka menikmati kehidupan dunia.. Sekian.. Semoga dapat dijadikan pengajaran bersama.In Shaa Allah..       

LURUS RAPATKAN SAF ANDA.

RAPATKAN SAF
KALIMAT yang sering kita dengar dari mulut imam sebelum memulakan solat adalah “Luruskan saf (barisan dalam solat berjemaah)” atau “Rapatkan saf”. Namun berapa ramai yang benar-benar mengikuti arahan imam tersebut? Berapa ramai yang mengetahui apa maknanya meluruskan saf mengikut sunah Rasulullah s.a.w. yang sahih dan berapa ramai yang menyedari hikmah dan kepentingan kesempurnaan saf didalam solat berjemaah?..

HIKMAH MERAPATKAN SAF
1. Ia merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kesempurnaan solat. Sabda Rasulullah: Luruskan saf kamu, kerana meluruskan saf merupakan sebahagian kesempurnaan solat. (Riwayat Muslim).
2. Ia adalah faktor yang boleh menyatukan hati umat Islam. Sabda Rasulullah: Luruskan saf solat kamu dan janganlah kamu bercerai-berai (dalam mendirikan saf), akan tercera-berai hati kamu. (Riwayat Muslim). Sabda Baginda lagi: Tegakkanlah saf-saf kamu sekalian sebanyak tiga kali, demi Allah (kamu diperintah agar) merapatkan/meluruskan saf-saf kamu, atau Allah akan mencerai-beraikan hati kamu. (Riwayat Abu Daud).
Menurut Syaikh Abu Ubaidah
Masyhur:
”Dalam perintah meluruskan dan merapatkan saf merupakan unsur pendekat jiwa yang akan menjalinkan hubungan persaudaraan dan keinginan saling menolong. Bagaimana tidak! Bukankah bahu si miskin berhimpitan dengan bahu si konglomerat, kaki si kuat melekat dengan kaki si lemah. Dan semuanya berada dalam satu saf, bagaikan bangunan yang tersusun sangat rapat.
space73. Ia dapat menghindari gangguan syaitan ke atas orang yang bersolat. Sabda Rasulullah:
Rapatkanlah saf kamu sekalian, dekatkanlah antara saf, tegakkanlah tengkuk kamu. Demi Zat yang jiwaku berada dalam genggaman Tangan-Nya, sesungguhnya aku melihat syaitan menyusup di celah-celah saf seperti anak kambing. (Riwayat Abu Daud).
4. Allah mencintai mereka yang menyempurnakan saf. Sabda Rasulullah:
Tidak ada suatu langkah yang sangat dicintai oleh Allah daripada langkah seseorang hamba untuk menyambung (menyempurnakan) saf (dalam solat). (Riwayat Abu Daud).
5. Ganjaran pahala yang besar bagi mereka yang menyempurnakan saf di dalam solatnya. Rasulullah bersabda:
Orang yang paling baik di antara kalian adalah seseorang yang paling lembut bahunya di dalam solat, tidak ada suatu langkah yang pahalanya lebih besar daripada langkah seseorang yang melangkah untuk menutup celah dalam saf. (Riwayat Thabrani).
6. Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada mereka yang menyempurnakan saf dalam solat.
Sabda Rasulullah : Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada di saf pertama. Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana dengan yang kedua.” Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada di saf pertama. Para sahabat bertanya lagi: “Ya Rasulullah, bagaimana dengan yang kedua.” Rasulullah menjawab: Ya, juga bagi saf kedua. (Riwayat Ahmad).
Sayang sekali sunah-sunah berkaitan dengan saf ini telah dilalaikan dan diambil mudah oleh masyarakat Islam bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia.
Apa yang penting di sini adalah agar sunah meluruskan dan merapatkan saf ini dihidupkan semula, terutamanya oleh para imam di masjid-masjid seluruh Malaysia.
Para imam hendaklah bersungguh-sungguh mengerjakan sunah ini dan mengajak mereka yang bersolat di belakang melaksanakannya.

denali_3CARA MELURUSKAN SAFMeluruskan saf dalam solat berjemaah merupakan sunah Nabi s.a.w. Malah ada ulama yang memandang penyempurnaan saf dalam solat adalah wajib. Menurut Syaikh Muhammad Nashiruddeen al-Albani: ”Mendirikan dan meluruskan saf hukumnya wajib kerana terdapat perintah yang berasal daripada Rasulullah. Kalimat perintah itu pada asalnya bererti wajib, kecuali ada qarinah (petunjuk lain) yang mengalihkan daripada pengertian wajib tersebut.
Namun, terlalu sedikit di kalangan masyarakat kita yang mengamalkannya. Pada tanggapan mereka kesempurnaan saf hanyalah dengan mempastikan barisan solat itu lurus. Sebenarnya ada beberapa perkara lain yang juga telah diperintahkan oleh Rasulullah berkaitan kesempurnaan saf:
1. Merapatkan bahu dengan bahu orang yang solat bersebelahan dengannya.
2. Merapatkan lutut dengan lutut orang yang solat bersebelahan dengannya.
3. Merapatkan buku lali dengan buku lali orang yang solat bersebelahan dengannya.
Hanya dengan mempraktikkan perkara-perkara di atas barulah tercapai kesempurnaan saf dalam solat berjemaah dalam erti kata sebenar. Hadis-hadis berkaitan dengan perkara di atas adalah seperti berikut:
* Daripada Nu’man bin Bashir berkata: “Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan melekatkan mata kakinya (buku lali) dengan mata kaki saudaranya.” (Riwayat Abu Daud).
* Daripada Anas bin Malik daripada Nabi s.a.w. bersabda:
(Pada waktu solat) setiap kami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan telapak kakinya (buku lali) dengan telapak kaki saudaranya. (Riwayat Bukhari).
Sunah Nabi s.a.w. ini seakan-akan sudah lenyap dari masjid-masjid di Malaysia

MEROKOK ITU HARAM~

Harapan Ramadhan - Raihan feat. Man Bai 

Kesan Buruk Merokok Selepas Berbuka Puasa

Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok ketika Ramadan.

Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan dalam tempoh yang lama, katanya.
...
Pakar itu juga menekankan, perokok dikira bernasib baik sekiranya mereka tidak mempunyai masalah jantung berpunca daripada tabiat berkenaan.Merokok adalah perkara buruk yang dilakukan seseorang terhadap badan mereka terutama selepas berbuka puasa di bulan Ramadan, kata seorang pakar perubatan dalaman di Pusat Perubatan dan Klinik Emirates di Al Ain, Dr Riaz Ahmad Minhas.
Disebabkan berpuasa, badan amat memerlukan air, glukos dan oksigen. Sebaliknya, merokok boleh menyekat saluran darah, menghalang aliran oksigen yang diperlukan. Merokok pada waktu kritikal juga boleh menyebabkan darah menjadi beku.

Ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat sekali gus meningkatkan tekanan darah, spasms (kesesakan arteri) mengganggu degupan jantung dan meningkatkan kolesterol.

Ia boleh menyebabkan perokok maut. Sebab itu, perokok perlu berhati-hati dalam perkara ini, kata Dr Minhas. ''
 
    *Kepada mereka yang merokok terutamanya kaum Adam , sila ambil pengajaran .Tolonglah berhenti merokok. Merokok tidak mendatangkan apa2 kebaikan pun walaupun sekecil zarah sebaliknya mendatangkan kebinasaan kepada kamu. Merokok adalah haram kerana ia memudaratkan. Semoga dibukakan pintu hati oleh Allah untuk berhenti merokok. Tak sayang ke kat orang yang menyayangi awak ? Insaflah wahai perokok. Jangan membazir duit beli rokok. Lebih baik sekiranya beli buku2 agama dan motivasi. Dapat mendekatkan diri kepada Al-Khaliq. Jangan bazirkan usiamu yang telah dianugerahkanNya dengan merokok.

R|A|M|A|D|A|N |K|A|R|E|E|M :)

Ramadan Song with Zaky (Nasheed) HD

Ahlan Wasahlan Ramadhan Kareem.
Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat islam di muka bumi Allah ini.
Semoga Ramadan tahun ini dihayati dengan penuh keinsafan .

Disusuli dengan amalan2 sunat yang diberi pahala berlipat kali ganda sekiranya dikerjakan. Semoga diri ini terus istiqomah dalam mengerjakan solat terawih dan amalan2 lain . Hargai hari2 anda sepanjang Ramadan tahun ini. Lakukan perkara yang dapat mendekatkan dirimu kepada Penciptamu , Allah S.W.T.

Berusahalah untuk mempertingkatkan amal ibadat sepanjang Ramadan ini. Cuba khatam 30 juzu' Al-Quran. Buatlah secara berterusan. Hargai Ramadan kerana ia adalah makhluk Allah yang mulia.Mungkin dirimu tidak dapat lagi berjumpa Ramadan tahun hadapan seperti To'ki saya yang meninggal dunia pada 16/6 lebih kurang tiga minggu lebih lagi nak masuk Ramadan tapi Arwah tak sempat nak meraikan Ramadan tahun ini kerana telah dijemput oleh Ilahi.

 Didiklah dirimu untuk bangun malam (Qiamullail). Pukul 3-4 pagi adalah masa terbaik untuk mengadap Allah Azza Wa Jalla kerana Dia sentiasa ada bersama kita. Susah senang Dia setia disisi kita. Luahkan apa yang terbuku di hati kepada-Nya. In Shaa Allah dirimu akan menemui kedamaian dan ketenangan kerana sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui apa yang dilalui oleh hamba-hambaNya.

  Usahakanlah dirimu untuk sentiasa membantu golongan yang memerlukan dengan bersedekah. Ganjarannya berlipat kali ganda. Ikhlaskan hati dan maniskan muka semasa bersedekah . Bersedekahlah dengan hati yang ikhlas dan tidak menghebah-hebahkannya umpama tangan kanan bersedekah tetapi tangan kiri tidak mengetahuinya. Didiklah hatimu agar sentiasa mengasihi orang2 miskin dan anak-anak yatim.

  Maniskanlah mukamu dengan senyuman . Senyumanmu mampu menceriakan kembali wajah mereka yang masam dan menghilangkan keletihan berpuasa. Remember , smile is sunnah! :) 5S. Senyum , salam , sapa , sopan , sayang. Senyuman dapat menceriakan hari-harimu. Bantulah ibu bapamu. Sayangi mereka seperti mana mereka menyayangimu sewaktu kamu masih kecil. Hargailah mereka.
Semoga dalam redha dan kasih Allah selalu. Salam Ramadan 1434 H.

* Note to myself and others. Semoga diberi taufik dan hidayah oleh Allah. Aamiin.
                                                                                     Lots of love ,
                                                                   Nur Izzah Hanim .

R|A|M|A|D|H|A|N M|U|B|A|R|A|K

              Ramadhan - Maher Zain

Ahlan wasahlan ya Ramadan! Rindunyaaaa nak bertemu dengan Ramadan lagi. Bulan yang penuh barakah. Penuh dengan keampunan-Nya. Rindu! 8 hari lagi Ramadan tiba. Ya Allah , x sabarnyaaa.. Semoga Ramadan tahun ini membawa seribu makna dan kenangan yang berharga buat diri ini. Berusahalah diri untuk berubah ke arah yang lebih baik sepanjang Ramadan tahun 2013 ini.
Bersemangat dalam meneruskan perjuangan mencapai redha-Nya.

Sejarah Solat 5 waktu

Sejarah Solat 5 Waktu

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

SUBUH
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

ZOHOR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
iii) Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
iv) Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
i) Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
ii) Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
iii) Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
iv) Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
i) Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
ii) Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
iii) Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

ISYAK
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
i) Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
ii) Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
iii) Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
iv) Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

MuTiArA kAtA~

new f2 "Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman."
new f2 "Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini"
new f2 "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
new f2 "Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang"
new f2 "Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu"
new f2 "Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah"
new f2 "Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak"
new f2 "Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan"
new f2 "Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera"
new f2 "Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat"
new f2 "Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."
new f2 "Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat"
new f2 "Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan"
new f2 "Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
new f2 "Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh."
new f2 "Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api."
new f2 "Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan."
new f2 "Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda."
new f2 "Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang."
new f2 "Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."
new f2 "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"
new f2 "Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."
new f2 "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"
new f2 "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan."
new f2 "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."
new f2 "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".
new f2 "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"
new f2 "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"
new f2 "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."
new f2 "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."
new f2 "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada."
new f2 "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."
new f2 "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan kamu akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan kamu akan mencapai yang tertinggi."
new f2 "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."
new f2 "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."
new f2 "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."
new f2 "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."
new f2 "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."
new f2 "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."
new f2 Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...
new f2 Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
- Charles Cahier
new f2 Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier
new f2 Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen
new f2 Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina
new f2 Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli
new f2 Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
- I. Salanter Lipkin
new f2 Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle
new f2 Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius
new f2 Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo
new f2 Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
- Joseph Conrad
new f2 Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
- Philip Massinger
new f2 Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze
new f2 Kegagalan adalah asas kemenangan
- Lao Tze
new f2 Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
- Lao Tze
new f2 Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse
new f2 Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson
new f2 Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille
new f2 Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab
new f2 Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
- Peribahasa Melayu
new f2 Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
- Confucius
new f2 Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.
- Confucius

Monday, 21 October 2013

Monday, 30 September 2013

Friday, 12 July 2013

Wednesday, 10 July 2013

Tuesday, 2 July 2013

R|A|M|A|D|H|A|N M|U|B|A|R|A|K

              Ramadhan - Maher Zain

Ahlan wasahlan ya Ramadan! Rindunyaaaa nak bertemu dengan Ramadan lagi. Bulan yang penuh barakah. Penuh dengan keampunan-Nya. Rindu! 8 hari lagi Ramadan tiba. Ya Allah , x sabarnyaaa.. Semoga Ramadan tahun ini membawa seribu makna dan kenangan yang berharga buat diri ini. Berusahalah diri untuk berubah ke arah yang lebih baik sepanjang Ramadan tahun 2013 ini.
Bersemangat dalam meneruskan perjuangan mencapai redha-Nya.

Thursday, 13 June 2013

Sejarah Solat 5 waktu

Sejarah Solat 5 Waktu

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

SUBUH
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

ZOHOR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
iii) Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
iv) Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
i) Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
ii) Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
iii) Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
iv) Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
i) Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
ii) Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
iii) Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

ISYAK
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
i) Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
ii) Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
iii) Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
iv) Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Friday, 19 April 2013