Menurut ahli ulama, ada dua tanda yang kita boleh tahu untuk pastikan kita benar2 suci dari haid iaitu :
1- cecair berwarna putih iaitu ( al-qassah al baida')
cecair ni akan keluar bila saat2 akhir haid. ni tandanya sudah sampai waktu suci laa.
2- kering iaitu ( jaf)
Berhentinya darah haid dan keringnya faraj dimana apabila dimasukkan kapas pada farajnya maka kapasnya tetap kering bersih tidak ada bekas darah atau cairan kuning atau keruh.
Imam Nawawi rahimahullah berkata: “tanda berhentinya haid dan datangnya masa suci adalah: darah berhenti keluar dan lendir berwarna kuning dan keruh keluar, maka apabila telah berhenti (darah) maka dia telah suci baik sesudahnya cairan putih keluar ataupun tidak “. Lihat kitab Al-Majmu’.
Perlu diingat, Cecair keruh atau kuning selepas mandi wajib tu tidak di kira sebagai haid. Syaitan sentiasa cuba dan berbuat tipu daya kepada kita agar2 was2 dan melewatkan mandi wajib.
Kalau tempatnya belum kering, yaitu masih ada cairan kuning atau keruh, maka jangan tergesa-gesa sampai betul-betul bersih atau keluar lendir tersebut, sebab dahulu para wanita datang kepada Aisyah membawa kapas yang terkena cairan kuning tersebut, lalu beliau berkata kepada mereka: “jangan kalian tergesa-gesa sampai kalian melihat lendir yang putih” Yang beliau maksud adalah betul-betul bersih suci dari haid. Atsar diriwayatkan oleh Imam Bukhari secara mualaq.
Jika tempoh haid telah genap 15 hari, hendaklah terus mandi kerana tempoh haid paling lama ialah 15 hari. Maka yang datang selepas hari ke 15 itu dari segi Syarak ia bukan lagi darah haid, akan tetapi darah istihadhah.
Bagaimana jika selepas mandi di dapati kesan darah masih ada atau darah keluar semula? Dalam kaedah Fiqh, ada dinyatakan "Tidak dikira sangkaan yang ternyata salah". Dalam kes ini jika seorang wanita melihat semula kesan darah pada farajnya selepas mandi atau darah keluar semula selepas mandi, kesan darah itu menunjukkan bahawa sangkaannya bahawa darah haidnya telah habis telah ternyata salah. Maka mandi wajibnya tidak dikira. Ia hendaklah menunggu semula hingga darah benar-benar habis, barulah mandi semula. Ini dengan syarat darah yang dilihat semula itu masih dalam lingkungan 15 hari (dari mula kedatangan haid). Jika ia dilihat di luar dari lingkungan 15 hari (seperti dilihat pada hari ke 16 atau ke 17), ia tidaklah menjejaskan mandi kerana yang keluar itu bukan lagi darah haid, akan tetapi darah istihadhah.
sumber : voa-islam.com dan solusi
Kitaran haid perlu dihitung
Tabiat mencatit bilakah haid bermula dan berakhir ini perlulah diamalkankan bagi yang masih mengalami haid. Tidak kisahlah jika hendak catit di dalam kalendar, diari mahupun telefon bimbit kerana tempoh kitaran haid kita sangatlah penting.
Period pain/ Senggugut
Adakah senggugut ini berbahaya?
Senggugut ini ialah sakit di bahagian bawah perut, sakit perut yang tajam atau sakit yang akan datang dan pergi. Senggugut ini juga berkemungkinan untuk sakit di bahagian belakang. Mungkin ada sebahagian daripada kita tertanya-tanya mengapakah berlakunya senggugut ini. Ketika menstruasi/ haid. senggugut ini terjadi kerana berlaku pengecutan yang kuat di dalam rahim untuk meruntuhkan saluran darah di luar dinding rahim. Saluran darah di dalam dinding rahim akan dimampatkan oleh pengecutan tadi seterusnya akan memutuskan bekalan darah ke rahim. Ini akan membuatkan bekalan oksigen ke rahim terputus dan menambahkan ketidakselesaan pada rahim kita.
Sebenarnya senggugut atau istilah perubatannya ialah dysmenorrhoea ini terdapat dua jenis:
Primary dysmenorrhea : Senggugut yang menjadi kebiasaannya kaum hawa dalam kalangan remaja sehingga 25tahun. Senggugut ini tidak berbahaya. Jadi ibu di atas tidak perlu risau kerana senggugut ini adalah senggugut yang sihat. Selalunya terjadi 24jam sebelum haid dan berakhir dalam sehari selepas period.
Secondary dysmenorrhea: Senggugut ini berlaku jika terdapat permasalahan di dalam rahim itu sendiri seperti endometriosis, cyst, tumor dan banyak lagi. Kebiasaannya berlaku pada kaum hawa yang berusia 30an dan 40an.
Langkah-langkah mengurangkan senggugut
- Tuam menggunakan air panas merupakan cara yang sangat efektif.
- Ambil posisi menonggeng sehingga rahim akan tergantung akan membuatkan kita lebih rehat.
- Amalkan pemakanan yang seimbang. Elakkan daripada minum kopi, makan aiskrim dan coklat supaya senggugut tidak bertambah.
- Jika tidak mampu bertahan lagi, maka boleh mengambil pil Panadol berwarna pink. Jika mampu bertahan, tidak perlu mengambil ubat. Tidak boleh mengambil ubat lebih daripada 3 kali.
- tapi nad takut nak makan ubat2 ni, so nad guna MUSTAJAB PATI HALIA SUPER HOT! dan kadang2 pernah buat giler bila kat asrama, guna IRON untuk kurangkan rasa sakit. BAGAIMANA? panaskan iron dan cabut pluck dan balut dengan kain dan letak kat bahagian sakit (jangan cuba aksi ni, bahaye! hehe)
TEMPOH HAID
Jumhurul ulama daripada kalangan fukaha Maliki, Syafie dan Hambali berpendapat bahawa sekurang-kurangnya tempoh suci yang memisahkan antara dua haid ialah 15 hari. Masa suci ialah baki hari yang tinggal daripada hari-hari yang didatangi haid dalam masa sebulan.
Seorang wanita biasanya mengalami haid sekali dalam sebulan, kerana itu kalau haidnya datang selama enam atau tujuh hari, maka sucinya ialah 24 atau 23 hari.
Kebiasaan tempoh haid ialah enam atau tujuh hari, manakala tempoh paling lama ialah 15 hari berserta malamnya atau lebih sedikit daripada itu, iaitu 17 hari menurut riwayat daripada Imam Ahmad.
Jumhurul ulama berpendapat tempoh minimum haid ialah sehari semalam.
Jika seseorang itu didatangi haid melebihi 15 hari atau kurang daripada sehari, maka keadaan tersebut tidak diperkira sebagai tempoh haid. Darah yang keluar lebih atau kurang daripada tempoh yang disebut, merupakan darah istihadah, di mana wanita berkenaan wajib melakukan ibadah.
Ada ulama berpendapat bahawa tempoh maksimum dan minimum haid tidak boleh ditetapkan. Sebarang tempoh yang lazim dialami oleh seseorang wanita, maka ia diperkira sebagai tempoh haidnya, biarpun kurang dari sehari semalam atau lebih dari 15 hari atau 17 hari.
Begitu juga tidak ada tempoh minimum bagi sekurang-kurang masa suci antara dua period haid, kerana tidak adanya penentuan sedemikian rupa melalui dalil yang boleh dijadikan hujah.
Tidak ada had bagi tempoh maksimum suci, kerana ada wanita yang mengalami haid selama setahun sekali seumur hidup dan ada yang langsung tidak pernah didatangi haid seperti yang berlaku kepada Fatimah Al-Zahara.
Kita ikut pada kebiasaan kita period okay:) ada yang datang sekali sebulan dan ada yang datang dua kali sebulan. semua tu normal.